Monday 7 April 2014

Masih Hidup

Assalammu'alaikum...

Sungguh..

Saat dan tika ini terlalu banyak nikmat Allah yg dikurniakan kepada kita, tapi berapa dari kita yg masih bersyukur dengan nikmat-nikmat itu? 


Berapakah yg masih tetap istiqamah menitipkan kata-kata syukur dalam ucapannya saat setiap kali "dihidupkan" kembali oleh Penciptanya?

Aku juga sering alpa dengan nikmatNya. Seringkali aku berteka-teki, Ya Allah, Kau berikanlah nikmatMu kepadaku. Kau tambahkanlah rezeki keatasku. Rahmatilah kehidupanku ya Allah. Tapi aku lupa, rezeki dan rahmatNya sentiasa mengalir dalam hidupku. Allah.. sungguh alpa diriku ini ya Rabb.

Teringat aku dengan kata-kata si Alim tentang nikmat bersyukur:

"Jika mahu rasa bersyukur, jangan pernah lihat orang yg lebih dari kita. Tapi, tengok orang yg kurang dari kita. Kita tengok orang tu makan ikan bilis semata dengan nasi kosong. Bersyukurlah kita masih lagi makan berlauk kuah yg tak dapat dinikmati orang itu."

Kita mahu bersyukur, jadikan hati kita benar-benar syukur. Bila melihat seseorang melakukan kemungkaran, janganlah kita merasa diri kita lebih baik dari pelaku maksiat itu. Tanamkan dalam hati. "Ya Allah, sekarang Kau perlihatkan aku kepada kemungkaran, jauhkanlah aku daripada melakukan kemungkaran tersebut ya Allah. Kau perlihatkan aku dengan pelaku itu, Kau ampunkanlah dosa dia ya Allah. Pimpinlah hatinya ke jalanMu semula."





Aku pasti, berapa ramai yg mampu berbuat demikian? Tidak! Aku juga sebahagian kalangan "Si Tak Peduli" dengan kemungkaran walaupun dalam hati aku benci melihat kemungkaran tersebut. Itulah selemah-lemah iman ku. Tapi aku selalu lupa untuk menguatkan iman ku dengan berdoa kepada Allah supaya menjauhkan aku daripada melakukan kemungkaran. 


Jadilah kita hamba yg bersyukur. Apakah kita merasa kita tidak sebertuah orang lain? Tidak. Sama sekali tidak. Malah kita lebih bertuah dari orang lain. Kita masih hidup hingga kini. Masih hidup menikmati anugerah Illahi yg masih tersisa utk kita hargai. Bertahmid lah kepada Ya Razzaq yg melimpahkan nikmat ini. Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah. :)


Hamba Hina,


No comments:

Post a Comment

What's New!